fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Epul_bunkers_sarawak di laman Threads.

Speed beri salam lepas gol Mesir, netizen nak ajar sebut ‘Alhamdulillah’ pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat penstrim terkenal, IShowSpeed yang spontan mengucapkan “Ya Allah, Assalamualaikum, Allahuakbar” ketika Mesir menjaringkan gol ke atas Argentina dalam aksi Piala Dunia 2026 mengundang perhatian netizen.

Rakaman tersebut dikongsikan pengguna Threads, @Epul_bunkers_sarawak, yang memaparkan reaksi Speed meraikan jaringan Mesir sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Rata-rata netizen menganggap Speed semakin selesa menggunakan ungkapan berbahasa Arab. Namun, ada yang berpendapat penstrim popular itu boleh diajar menyebut lafaz yang lebih sesuai ketika meraikan sesuatu kejayaan atau nikmat.

Pengguna @Aiyun1004 berpendapat Speed wajar diajar mengucapkan “Alhamdulillah” kerana lafaz itu lebih tepat digunakan dalam situasi seperti meraikan jaringan gol atau kejayaan.

“Tolonglah sesiapa ajar Speed sebut ‘Alhamdulillah’ pula,” katanya.

Sementara itu, pengguna @airussirah5 pula berseloroh bahawa Speed seolah-olah menyebut apa sahaja perkataan yang didengarnya dalam bahasa Arab tanpa mengetahui konteks sebenar.

“Habibi… ‘Ya Allah’ itu dah okey. Lepas itu terus ‘Assalamualaikum’. Asal bunyi Arab sahaja dia sebut,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna @bob_lesnar_20 turut terhibur dengan aksi spontan penstrim berkenaan sehingga menyifatkan cara Speed memberi salam itu sebagai sesuatu yang melucukan.

“Itulah pemberian salam paling garang aku rasa setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN