fbpx
Gambar yang dikongsikan di Facebook Anwar Ibrahim, hari ini.

Malaysia, UAE teroka kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia terus memperkukuh hubungan strategik dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda berkenaan dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pertahanan, Dalam Negeri dan Luar Negara, Majlis Kebangsaan UAE, Dr. Ali Rashid Al Nuaimi, di bangunan Parlimen, ibu negara hari ini.

“Saya menghargai komitmen UAE untuk terus memperkukuh hubungan erat dengan Malaysia, khususnya dalam meneroka bidang kerjasama strategik yang mampu memberi nilai tambah kepada kedua-dua negara,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.

Dalam pertemuan itu Anwar berkata, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik semasa.

Jelas beliau, ia meliputi isu konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran serta implikasinya terhadap rantau ini.

“Kami juga menyentuh mengenai kepentingan kecerdasan buatan (AI), khususnya dalam sektor pertahanan dan tadbir urus.

“Saya menyambut baik perkongsian pengalaman UAE yang mewajibkan para menteri serta pengurusan tertinggi kerajaan mengikuti latihan AI bagi memastikan kepimpinan sentiasa bersedia mendepani perubahan teknologi yang semakin pesat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN