fbpx
Dara, Amoi dan Kelat ketika berada Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Isu DAK: Siasatan SPRM terhadap MPT babitkan dokumen MoU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berkaitan isu penghantaran tiga ekor gajah ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun setakat ini melibatkan semakan dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara MPT dan zoo tersebut sahaja.

Yang Dipertua MPT, Mohamed Akmal Dahalan berkata, dokumen yang diminta SPRM adalah berkaitan MoU penghantaran tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke negara berkenaan.

“Fokus utama siasatan seperti yang dilaporkan sebelum ini pula lebih menjurus kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

“SPRM ada meminta dokumen MoU antara MPT dengan zoo di Jepun, bagaimanapun setakat ini siasatan lebih banyak tertumpu kepada NRES,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pemeteraian MoU antara MPT, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUIF) dan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari di sini.

Terdahulu, media melaporkan SPRM membuka kertas siasatan terhadap NRES, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), MPT selain ejen terlibat dengan permindahan gajah-gajah berkenaan.

Untuk rekod, pada 18 Jun lalu, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap proses pemindahan haiwan tersebut selepas mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan.

Hidup turut mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN