KUALA LUMPUR – Seorang pelakon drama bergenre kepolisan ditahan bersama 17 individu lain dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan selepas disahkan positif dadah methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.
“Saya sahkan dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE














