JAKARTA – Rasa kecewa yang mendalam kerana suami yang dicintai berlaku curang, seorang isteri di Desa Tlogoagung, Kecamatan Kedungadem, Kabupaten Bojonegoro, Jawa Timur, nekad merobohkan rumah yang dibinanya sendiri, lapor halaman berta Lambe Turah.
Rumah hasil titik peluh isteri yang bekerja sebagai Tenaga Kerja Wanita (TKW) di Taiwan itu dirobohkan pada Isnin lalu.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, selama bertahun-tahun merantau, isteri secara rutin menghantar wang kepada suaminya untuk membina rumah impian mereka.
Bagaimanapun, kepulangannya ke kampung halaman sebaliknya disambut dengan kenyataan yang pahit.
Dia mendapati suaminya didakwa berlaku curang dengan wanita lain.
Akibat terlalu sakit hati kerana berasa dikhianati, dia akhirnya memutuskan untuk memusnahkan rumahnya yang dibiayai daripada hasil titik peluhnya sebagai pekerja di luar negara. – AGENSI














