KUALA LANGAT – Identiti pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakannya sebanyak 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting di sini, sebagai individu autistik mula terdedah selepas perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakilinya.
Perkara berkenaan disahkan Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Vijeswari Devi ketika ditemui selepas prosiding permohonan reman terhadap remaja terbabit di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, hari ini.
Menurut beliau, anak guamnya yang merupakan autistik kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
“Anak guam saya adalah autistik. Reman empat hari. Itu sahaja saya boleh katakan,” katanya ringkas.
Terdahulu, tular gambar kad OKU bagi kategori ketidakupayaan autisme didakwa milik suspek tersebut di media sosial. – KOSMO! ONLINE














