fbpx
Lokasi terakhir Qaseh Atika sebelum dilaporkan hilang adalah di Jalan UP 3/7B, Ukay Perdana, Ampang.

Qaseh Atika hilang sejak Sabtu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah di Ukay Perdana di sini sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, laporan kehilangan dibuat oleh ibu remaja terbabit selepas mendapati anak perempuannya tiada di rumah kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Menurutnya, pengadu turut dimaklumkan pihak sekolah bahawa anaknya tidak hadir ke sekolah pada keesokan harinya.

“Pengadu tidak pasti punca orang hilang (OH) keluar dari rumah dan memaklumkan tiada sebarang perselisihan faham berlaku antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Remaja yang hilang dikenali sebagai Qaseh Atika Mohd. Naim Abdullah, berusia 17 tahun lima bulan dengan lokasi terakhir adalah di Jalan UP 3/7B, Ukay Perdana, Ampang.

Tambahnya, Qaseh Atika mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berat 45 kilogram, berbadan kurus serta berkulit sawo matang.

Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-4289 7222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faizah Mohd. Anuar di talian 017-3422804. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN