fbpx
Bungkusan berisi biskut dan pes tuna yang dirampas selepas digunakan untuk menyembunyikan heroin seberat hampir 3 kilogram. - Polis Kehakiman Macau

Rakyat Malaysia ditahan seludup heroin di Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengesahkan seorang lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Macau selepas disyaki cuba menyeludup hampir tiga kilogram heroin yang disembunyikan di dalam tin makanan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Kosmo! hari ini mengesahkan perkara itu.

“Ya,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, media melaporkan suspek berusia 24 tahun itu ditahan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau dari sebuah negara Asia Tenggara, baru-baru ini.

Pemeriksaan ke atas bagasi suspek menemukan 49 tin sardin berlabel pes tuna yang dibungkus bersama biskut.

Sebahagian tin berkenaan didapati mengandungi dadah yang kemudian disahkan pasukan forensik sebagai heroin seberat 2.98 kilogram dengan nilai kira-kira 4.18 juta pataca Macau atau RM2.09 juta.

Menurut laporan itu, penyiasat percaya suspek direkrut sindiket pengedaran dadah di Malaysia dan diarahkan mengambil heroin di luar negara sebelum membawanya masuk ke Macau.

Suspek juga dilaporkan bakal menerima bayaran 6,000 pataca Macau atau kira-kira RM3,026 sekiranya berjaya melengkapkan penghantaran tersebut.

Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa Macau bagi mengesan ahli sindiket lain yang masih bebas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN