fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Pemuda didakwa pukul lelaki sampai parah dengan kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki menggunakan sebatang kayu dalam kejadian di Bemban, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Alif Syazwan Mohd. Asri, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Ahmad Ramzi Samrat, 29, menggunakan sebatang kayu yang merupakan senjata yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 12.10 tengah malam di tepi jalan berhampiran hentian bas di Jalan Gapam, Bemban, dalam daerah Jasin pada 23 Jun lalu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 17 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.

Pada 23 Jun lalu, Kosmo! melaporkan dua lelaki parah termasuk mengalami pendarahan dalam otak selepas terbabit dalam pergaduhan dua kumpulan di tepi jalan berhampiran perhentian bas, Jalan Gapam, Bemban, Jasin, angkara cemburu melibatkan seorang wanita dikenali sebagai ‘Rina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN