fbpx
Tangkap layar rakaman video tular kejadian itu.

Tikam pelajar: Terkejut, bergegas ke sekolah lihat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – “Saya bergegas selepas tahu insiden itu.”

Itu kata salah seorang bapa pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting di sini, yang digemparkan dengan kes seorang pelajar cedera akibat ditikam hari ini.

Menurutnya yang mahu dikenali sebagai Faiz, 40-an, dia mengetahui kejadian itu selepas mesej tersebar di beberapa kumpulan WhatsApp, kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Tanpa berfikir panjang, saya segera menunggang motosikal kerana bimbang memikirkan anak yang turut bersekolah di situ. Setibanya di lokasi, saya tidak dibenarkan masuk dan melihat kenderaan polis berada di dalam kawasan tersebut,” katanya kepada Kosmo!.

Katanya, dia lega apabila kejadian itu tidak melibatkan anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

“Berdasarkan maklumat awal, saya difahamkan insiden itu melibatkan pelajar perempuan. Perkara itu diserahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan dan berharap pihak sekolah dapat meningkatkan kawalan keselamatan,” ujarnya yang menetap di sekitar pekan Banting.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN