fbpx
Zulkifli pada sidang akhbar selepas hadir Majlis Penutup Multaqa Madani Ulama Umara Peringkat Zon Utara di Permatang Pauh, hari ini.

Surau Jumaat di pusat beli-belah perkasa syiar Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Usaha memperluaskan pelaksanaan solat Jumaat di surau-surau pusat beli-belah dilihat mampu menjadi medium bagi memperkukuhkan syiar Islam selain memudahkan urusan masyarakat menunaikan ibadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, inisiatif tersebut sedang digerakkan melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan beberapa lokasi telah dikenal pasti.

Menurutnya, pelaksanaan solat Jumaat di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain menunjukkan perkembangan yang positif.

“Ketika ini kita juga menerima permintaan daripada pelbagai pihak yang ingin melaksanakan solat Jumaat di premis masing-masing. Apa yang menarik, apabila sesebuah pusat beli-belah mempunyai surau Jumaat, ia menjadi makin laris dan makin ramai yang datang ke pusat beli-belah itu,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Multaqa Madani Ulama Umara Peringkat Zon Utara di Permatang Pauh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, meskipun surau Jumaat kini dilaksanakan di kawasan Wilayah Persekutuan, namun negeri-negeri lain turut digalakkan menyertai inisiatif berkenaan.

“Usaha tersebut bukan sahaja memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan ibadah, tetapi turut meningkatkan syiar Islam dalam masyarakat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN