fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang awam membantu pemandu bas melalui jalan berdekatan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur dengan keadaan kiri dan kanannya dipenuhi deretan kenderaan pengunjung.

[VIDEO] ‘Angkut kereta ni bagi pengajaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai mengecam tindakan segelintir pengunjung Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur yang meletakkan kenderaan di tepi jalan sehingga mengganggu lalu lintas pengguna lain.

Menerusi hantaran video pengguna Threads Aleeyarxzali, dia memuat naik dua video menunjukkan kesukaran sebuah bas sedang melalui jalan berdekatan Taman Botani Perdana dengan kiri dan kanannya dipenuhi deretan kenderaan pengunjung.

“Tolonglah jangan park (letak kenderaan) tepi jalan macam ni, menyusahkan orang ya,” katanya pada hantaran berkenaan hari ini.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang menyifatkan pemandu kenderaan tersebut mementingkan diri.

“Selfish (pentingkan diri) dengan menyusahkan orang lain,” komen Mrdealer89.

“Sudah sampai masanya pihak berkuasa kena bertegas kepada pemandu-pemandu macam ni. Tarik dan angkut kereta-kereta ni bagi pengajaran,” kata Zamri3463.

“Kalau aku yang pandu bas tu, kira halal lah kereta yang park tepi jalan tu. Mesti koyak tepinya, jangan main-main,” komen 1978Farok.mfy.mff. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN