fbpx
Sebahagian laporan Kosmo! Online berkait kejadian letupan bom di Kem Hobart.

Letupan bom Kem Hobart: TDM keluar laporan penuh pertengahan Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Kementerian Pertahanan (Mindef) dijangka menerima laporan penuh berhubung insiden letupan bom tangan yang mengorbankan dua anggota tentera di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah pada pertengahan bulan ini.

​Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya buat masa ini memilih untuk menunggu penyerahan dokumen lengkap berkenaan sebelum memperincikan sebarang langkah susulan.

“Saya difahamkan laporan itu akan diserahkan pada pertengahan bulan ini. Insya-Allah dan saya akan laporkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ilmiah Keagamaan Masyarakat (PIKAT) di Masjid Jamek Al-Faizin, Felda Air Tawar 2 hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut mengarahkan Tentera Darat Malaysia (TDM) menilai semula pendekatan latihan dilaksanakan susulan dua insiden letupan yang berlaku di kem sama.

Terdahulu, pada 16 Jun 2026, seramai dua anggota TDM maut dalam kejadian letupan bom tangan ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart.

Selang dua minggu kemudian, satu lagi insiden berlaku pada 29 Jun sehingga menyebabkan dua anggota tentera cedera di bahagian kaki ketika menjalani latihan menembak di kem sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN