fbpx
Keadaan sebuah SUV jenis Honda CR-V dinaiki mangsa yang terbabas sebelum merempuh surau SK Bukit Jawa 2, Pasir Puteh hari ini.

Dua wanita maut, SUV terbabas rempuh surau sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Dua wanita warga Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.34 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 50-an meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, nahas itu melibatkan sebuah SUV jenis Honda CR-V dinaiki enam warga Indonesia iaitu lima wanita dan seorang lelaki.

“Dua wanita maut dalam kejadian itu manakala empat lagi cedera. Siasatan lanjut mendapati, kesemua mangsa mempunyai hubungan persaudaraan dan mereka mempunyai dokumen sah untuk berada di negara ini.

“Kemalangan itu juga tidak melibatkan pelajar sekolah. Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN