fbpx
Anwar ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Lantikan Azam Baki di bawah kuasa Agong, kekal hingga 2027 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelantikan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) dibuat di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan kekal berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun, bermula dari 20 September 2024 hingga 19 September 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang keputusan untuk membatalkan pelantikan tersebut juga tertakluk kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Lantikan Yang di-Pertuan Agong itu terpakai sehingga 2027.

“Nak batalkan kedudukan itu, kuasanya pada Yang di-Pertuan Agong dan berakhir pada 2027. Itu sajalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat jumaat di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena hari ini.

Anwar mengulas persoalan dibangkitkan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang mempersoalkan justifikasi pelantikan Azam sebagai penasihat NFCC.

Terdahulu, Hamzah mempersoalkan pelantikan itu dengan mendakwa Azam sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa isu termasuk dakwaan membabitkan skandal korporat mafia dan pemilikan saham.

Susulan itu, NFCC menerusi kenyataan menjelaskan, Azam masih menjadi anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah selama tiga tahun sehingga 19 September 2027.

Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil dipetik berkata, pelantikan Azam pada 20 September 2024 dibuat atas kapasiti individu dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan tidak terikat dengan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN