fbpx
Hafeez sewaktu menyantuni jemaah haji baru-baru ini, manakala gambar kedua ketika dimasukkan ke hospital susulan kanser kolon dihidapinya.

‘Semoga Hafeez sembuh daripada kanser usus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pramugara yang sering berkongsi kandungan video berkenaan tugasnya menyantuni perjalanan jemaah haji dan umrah Malaysia ke Tanah Suci, kini kritikal susulan penyakit kanser kolon atau usus yang dihidapinya.

Menerusi hantaran Threads Hani Mishan iaitu sepupu Hafeez Al-Bukhary Zulkefli, 42, memaklumkan, pemuda tersebut telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Perak.

“Sepupu saya pada ketika ini dalam keadaan kritikal dan telah dibawa pulang ke kampung halaman di Perak. Tolong panjatkan doa untuknya dan kita berdoa bersama-sama semoga dia sembuh daripada kanser,” katanya pada hantaran itu.

Ibu saudara Hafeez menerusi hantaran Facebook Orked Purple turut memaklumkan perkara sama berhubung keadaan lelaki itu yang sedang sakit tenat.

“Ya Allah, semoga ada keajaiban, ada kesembuhan buat anak buahku. Hapuskan kesakitan daripada tubuhnya, gantikan kekuatan dan ketenangan. Jadikan setiap penyakit sebagai penghapus dosa dan peninggi darjat, tiada kesakitkan buat dirinya,” katanya.

Tinjauan pada akaun media sosial Hafeez mendapati, kali terakhir dia memuat naik gambar adalah pada 22 Jun lalu dengan keadaan dirinya baring di atas katil sebuah hospital.

“Hafeez sedang menjalani rawatan di hospital dan tidak boleh menerima sebarang lawatan. Hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan,” menurut hantaran tersebut.

Sementara itu, orang ramai turut mendoakan kesembuhan Hafeez, malah ada juga yang menceritakan kembali kebaikannya menyantuni jemaah Malaysia selepas menonton video dikongsikannya.

“Follow (ikut) dia dah lama, seronok tengok cara dia menyantuni bakal jemaah haji dan umrah. Tahu-tahu dia sakit, susut badannya. Ya Allah, mungkin pada zahirnya kita nampak orangnya baik sangat, tapi hakikatnya orangnya kita tahu memang baik sangat. Allah uji sebab Allah sayang, sebab dia orang baik. Tapi bila dapat berita macam ni, tahulah kenapa dia tak update (kemas kini) dah kat Instagram,” komen pengguna Threads Jaja Ismail Tuan Ismail.

“Saya follow masa dia selalu update jaga ayah dia uzur. Tak sangka lepas tu tahu-tahu dia masuk wad. Walaupun saya syak kanser, tapi beribu komen kat Instagram tak ada siapa berani tanya. Memang dia orang yang baik, saya rasa macam nampak dia bertugas semua lepas tu, tapi tubuh kurus. Lepas musim haji baru ni, tengok saudara-mara, kawan-kawan datang ziarah, nampak tulang lengannya dah. Banyak jasa dia bermula dengan Amal (penerbangan Amal by Malaysia Airlines) menyantuni jemaah haji,” komen 868 sen.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Hafeez pernah memuat naik hantaran bahawa dia didiagnosis kanser kolon atau usus tahap empat selain berkongsi gambar-gambar lain pada hantaran seterusnya sewaktu menjalani rawatan di wad.

Hafeez juga meneruskan tugasnya sebagai pramugara termasuk menyantuni jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN