fbpx
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran selepas dron Russia mengenai sebuah bangunan di Kyiv semalam. – AFP

Lebih 2 juta askar maut, cedera dalam perang Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Pencerobohan Russia ke atas Ukraine mengakibatkan lebih dua juta korban ketenteraan, dengan angkatan tentera Moscow menanggung kerugian terbesar, demikian menurut kajian  kumpulan pemikir Amerika Syarikat(AS) yang diterbitkan semalam.

Jumlah korban gabungan  Russia dan Ukraine melebihi 2 juta orang,” kata Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS).

CSIS menganggarkan bahawa antara 400,000 dan 450,000 askar Russia terbunuh sejak Moscow menceroboh Ukraine pada Februari 2022, daripada sejumlah 1.4 juta korban. Perkataan korban digunakan  CSIS merangkumi mereka yang maut, cedera dan hilang  dalam kalangan tentera Russia.

Sementara itu, tentera Ukraine mengalami 525,000 hingga 625,000 korban dan antara 125,000 hingga 150,000 kematian dalam tempoh sama, kata CSIS.

“Kematian askar Russia di Ukraine adalah lebih empat kali ganda daripada korban anggota tentera  Amerika Syarikat dalam semua perang AS  yang digabungkan sejak Perang Dunia Kedua,  manakala nisbah korban Russia kepada Ukraine pulang berkemungkinan meningkat kepada sekitar 8 berbanding 1 pada separuh pertama tahun ini,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN