fbpx
Antara kaki judi yang dicekup dalam serbuan di Pasar Borong Selayang, semalam.

Lapan dicekup anjur judi See Ngo Lak di Pasar Borong Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan individu terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan lima lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kegiatan menganjurkan perjudian jenis See Ngo Lak serta judi dalam talian di kawasan Pasar Borong Selayang di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 8 malam itu dijalankan Bahagian Perjudian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan melibatkan dua individu yang berperanan sebagai penganjur manakala enam lagi merupakan pemain berusia antara 30 hingga 45 tahun.

“Kegiatan tersebut dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dan beroperasi dari pukul 7 petang hingga 10 malam. Dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah meja, satu set mangkuk kaca kecil, tiga biji dadu serta wang tunai berjumlah RM6,266 yang dipercayai hasil kegiatan perjudian.

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN