fbpx
Sebanyak 600 bijil pil kuda yang disembunyikan di bawah sekeping zink di belakang sebuah bangsal di Kampung Haji Wan Omar, Semerak dekat Pasir Puteh semalam.

Tokan pil kuda kepada nelayan Tok Bali dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang lelaki tidak sempat mengedar sebanyak 600 biji pil kuda kepada nelayan dan penduduk di sekitar Tok Bali selepas kesemua dadah yang disembunyikan di bawah sekeping zink di belakang sebuah bangsal di Kampung Haji Wan Omar, Semerak di sini semalam dirampas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu, suspek yang berusia 31 tahun dicekup selepas anggota PGA melakukan pemeriksaan di lokasi tersebut menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan pada tubuh badan suspek pada awalnya tidak menjumpai sebarang barangan yang menyalahi undang-undang.

Katanya, anggota PGA kemudian melakukan pemeriksaan di bawah sekeping zink di belakang bangsal tersebut sebelum menjumpai satu bungkusan plastik yang berisi 600 biji pil kuda.

“Suspek pada awalnya tidak mengetahui mengenai kewujudan kesemua dadah yang bernilai RM6,000 itu. Selepas siasatan lanjut dijalankan, suspek akhirnya mengaku dadah tersebut adalah miliknya.

“Suspek juga mengaku terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sejak hampir tiga tahun lalu bersama rakannya yang dikenali dengan panggilan Napi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, lelaki itu memaklumkan bahawa kesemua dadah tersebut akan diedar kepada nelayan dan penduduk tempatan di sekitar kawasan Tok Bali di sini.

Katanya, suspek bagaimanapun enggan memberikan maklumat lanjut berhubung rangkaian pembekalan dadah tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN