fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beberapa lampu isyarat di Jerman dan Itali berubah bentuk akibat gelombang haba. - Instagram

Cuaca terlampau panas, lampu isyarat cair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Satu klip video tular memaparkan beberapa lampu isyarat cair dan tidak berfungsi apabila fenomena gelombang haba melanda sebahagian Benua Eropah, lapor portal berita Says. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @saysdotcom menunjukkan lampu isyarat di Jerman dan Itali berubah bentuk seperti coklat yang cair selepas terdedah kepada panas. 

Kejadian itu berlaku apabila negara-negara Eropah dilanda cuaca panas melampau dengan suhu melonjak kepada 40 darjah Celsius hingga 45 darjah Celsius. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 219,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

Namun, sebilangan pengguna media sosial menyatakan bahawa suhu sedemikian tidak boleh mencairkan lampu isyarat melainkan ia terbakar atau dilanggar oleh kenderaan. 

“Kenapa infrastruktur mereka terlalu lemah?” kata seorang netizen. 

‘Made in Euro’, kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN