fbpx
TANGKAP layar menunjukkan ular tedung selar muntahkan kembali ular tikus yang ditelan.- AGENSI

Ular tedung selar ‘muntah balik’ ular tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seekor ular tedung selar yang  ditangkap bertindak memuntahkan semula ular lain yang  ditelannya, lapor agensi berita BBC News Pidgin

Kejadian berlaku di negeri Andhra Pradesh selepas reptilia berbisa itu menceroboh rumah sebuah keluarga pada waktu malam. 

Ketika berada di kediaman tersebut, ular tedung selar itu sempat menelan seekor ular tikus.

Menurut kenyataan pakar hidupan liar, spesies ular cenderung memuntahkan semula makanannya apabila berada dalam keadaan tertekan. 

Tindakan itu juga dilakukan supaya reptilia tersebut dapat bergerak dan melarikan diri dengan lebih pantas daripada ancaman.

Ular tedung selar tersebut akhirnya berjaya ditangkap dengan selamat oleh pasukan penyelamat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya di sebuah hutan berhampiran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN