fbpx
GAMBAR kelmarin menunjukkan tab mandi kecemasan di sebuah balai bomba di Paris bagi berdepan kes kecemasan berkaitan haba. – AFP 

Ramai mati di Paris, tiada tempat letak mayat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Rumah-rumah mayat di Paris penuh sesak susulan lonjakan kes kematian ketika Perancis mencatatkan hari-hari paling panasnya, memaksa sebilangan mayat dihantar ke bandar-bandar lain yang lebih jauh, lapor laman berita MSN.

Perkhidmatan Kesihatan Awam Perancis menganggarkan terdapat 1,000 kematian tambahan dalam tempoh tiga hari, dengan 85 peratus mangsa berusia 65 tahun dan ke atas.

Tempat simpanan mayat sementara diwujudkan tetapi pengarah-pengarah rumah mayat memberi amaran banyak pengebumian terpaksa ditangguh.

“Semua 32 tempat simpanan mayat di rumah mayat kami penuh. Kami juga menerima beratus-ratus panggilan daripada keluarga yang terdesak,” kata pemilik sebuah rumah mayat di Paris, Zouhaeir Hertelli.

Dewan Bandar Raya Paris mewujudkan beberapa tempat simpanan mayat sementara tetapi sesetengah mayat terpaksa dihantar sehingga ke bandar Chatres, 80 kilometer dari Paris untuk disimpan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Awam merekodkan lebih 1,200 kematian  pada hari paling panas di Paris pada minggu ini, diikuti 1,400 kematian setiap hari dalam tempoh dua hari seterusnya.

Angka itu mewakili sekurang-kurangnya 1,000 kematian tambahan berbanding purata musim panas biasa.

Majoriti individu yang meninggal dunia berusia 65 tahun dan ke atas dengan kebanyakan kes melibatkan kematian di kediaman sendiri terutamanya di Paris. 

Pada 2003 gelombang haba ekstrem mengorbankan 15,000 orang di Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN