fbpx
Ahmad (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah NNCC di Cyberjaya, hari ini.

NNCC mampu tarik pelaburan berkualiti di Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Penubuhan Neu Nexus Century City (NNCC) bukan sahaja mengukuhkan keyakinan pelabur di daerah ini, malah melonjakkan kemampuan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam dunia yang semakin dipacu oleh digital dan inovasi.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerancakan pembangunan akan membuatkan Cyberjaya yang dikenali sebagai hab utama Malaysia bagi teknologi,inovasi dan industri bernilai tinggi akan terus berkembang melangkaui visi asalnya.

Katanya, negara memerlukan pembangunan yang bukan sahaja mempunyai infrastruktur fizikal bertaraf dunia, tetapi juga sebuah ekosistem di mana perniagaan, bakat, institusi penyelidikan dan teknologi dapat berkembang bersama.

“Kerajaan komited untuk menyokong pembangunan negara dengan memastikan infrastruktur berkualiti terus berfungsi sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan peningkatan kualiti hidup.

“Ia juga tentang mewujudkan komuniti yang saling terhubung, berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan yang mampu menarik pelaburan, menghasilkan peluang dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah NNCC, di sini hari ini.

Menurut Ahmad, pembinaan NNCC memainkan peranan penting kerana berpotensi menarik pelaburan berkualiti, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, merangsang perniagaan tempatan dan menyediakan peluang yang lebih besar kepada bakat Malaysia.

Tambahnya, projek itu menunjukkan bagaimana kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif.

“NNCC akan menjadi lebih daripada sekadar sebuah lagi mercu tanda pembangunan di Cyberjaya dengan kerjasama dalam kalangan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemaju, rakan kongsi industri, pelabur dan komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN