PETALING JAYA – Pas menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN) dan PH.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu antara hasil Mesyuarat Khas Pas Pusat yang berlangsung sempena PRN Johor hari ini.
Menurutnya, Pas juga mengajak supaya mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di negeri Johor.
“Seterusnya, Pas menggerakkan seluruh jentera parti di 11 kerusi yang ditandingi. Pas menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan Jom Jaga Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, Pas juga menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE














