fbpx
Nur Eryna Adriana menghidap penyakit jantung kongenital dan memerlukan pembedahan segera. – IHSAN ONE HOPE CHARITY

‘Bantu saya cukupkan dana anak RM130,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – “Saya berharap masyarakat dapat membantu supaya anak kecil ini berpeluang menjalani pembedahan”.

Permintaan itu disuarakan Mohamad Ariff Mohd. Izani, 25, bapa kepada Nur Eryna Adriana, yang menghidap penyakit jantung kongenital dan memerlukan bantuan dana RM130,000.

Menurut tukang kimpal itu, dia dan isterinya, Nor Asma ­Ilyane Mohammad, 25, hanya mengetahui keadaan kesihatan anak bongsu mereka itu kira-kira dua jam selepas dilahirkan menerusi pembedahan.

Katanya, Nur Eryna Adriana kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Kota Bharu dan bergantung bantuan oksigen akibat masalah Transposition of the Great Arteries (TGA), iaitu kecacatan jantung yang menyebabkan aliran oksigen ke seluruh badan tidak berfungsi secara normal.

“Paras oksigen dalam darah­nya kekal rendah sehingga menyebabkan keadaan sianosis atau badan kebiruan. Dia kini memerlukan bantuan pernafasan untuk terus hidup,” katanya di sini semalam.

Mohamad Ariff berkata, doktor memaklumkan pembedahan jantung perlu dilakukan segera bagi memberi peluang kepada anaknya yang baru berusia dua minggu untuk terus hidup, namun dia tidak mampu menanggung kos rawatan tersebut.

“Sebelum ini saya hanya melihat anak orang lain berdepan penyakit, tetapi tidak sangka perkara sama berlaku kepada anak sendiri. Hati saya luluh dan saya takut kehilangan dia,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya melancarkan kutipan berikutan bapa bayi itu bekerja sebagai tukang kimpal selain mengusahakan tanaman pisang bagi menambah pendapatan keluarga, manakala ibu pula suri rumah sepenuh masa.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare bernombor 3193433435 atau menerusi laman web onehopecharity.org. dan menghubungi talian 04-539 9212.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN