fbpx
Keadaan sebuah BMW 328I Sport yang terbakar selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Duke, awal pagi tadi. IHSAN JBPM

Dua penuntut universiti maut BMW terbakar diserahkan pada keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua penuntut yang rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) disahkan sepadan dengan keluarga.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, sampel DNA itu dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya pukul 8 pagi semalam.

Menurutnya, keputusan kemudian diperoleh pada pukul 4.30 petang hari sama.

“Hasil analisis mengesahkan bahawa DNA kedua-dua mangsa adalah sepadan dan positif dengan ibu bapa masing-masing.

“Susulan itu, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak keluarga pada pukul 6.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan hilang kawalan akibat dipandu laju sebelum terbabas dipercayai menjadi punca kemalangan sebuah kereta jenis BMW 328I Sport sehingga terbakar di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke), awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 pagi itu, dua lelaki tempatan iaitu pemandu dan penumpang hadapan masing-masing berusia 22 dan 21 tahun disahkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kenderaan tersebut.

Manakala, seorang penumpang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun sempat keluar dan menyelamatkan kenderaan dan mengalami kecederaan ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN