fbpx
PELAKON Beto berasakan momentum penerbitan filem berkualiti kini harus dikekalkan demi kepercayaan penonton hendak ke pawagam.

‘Bila momentum bagus, penonton lebih percaya, yakin ke pawagam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktor Beto Kusyairy mengakui filem tempatan semakin menunjukkan kualiti membanggakan sehingga mampu menarik semula ramai penonton ke pawagam.

Menurut Beto, 46, perkara tersebut berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk keberanian pengkarya filem menghasilkan sebuah naskhah yang lebih segar dan berani.

“Saya boleh katakan, perkembangan filem dan karya televisyen kita sudah ada peningkatan serta semakin baik.

“Boleh dikatakan ada keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru namun semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan para penonton.

“Contohnya, kalau ada produk yang baik diterbitkan tetapi tidak mendapat sokongan penonton, bagaimana produksi filem nak terus hasilkan karya lain pada masa akan datang, begitulah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambahnya, sokongan penonton tempatan memberi impak besar terhadap karya-karya empatan untuk terus bernafas terutama mendapat tempat di pawagam negara sendiri.

“Jadi, kami mengharapkan sokongan berterusan daripada penonton dan ketika ini momentum penerbitan filem berkualiti sangat bagus.

“Bila ada momentum yang bagus, ini membuatkan penonton lebih percaya dan yakin untuk ke pawagam,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia mengakui tanggungjawab kepada pengkarya tempatan juga semakin berat dalam menghasilkan naskhah yang tidak mengecewakan khalayak.

“Namun, tanggungjawab kita supaya meneruskan momentum tersebut agar sokongan daripada penonton terus meningkat.

“Jangan nanti tiba-tiba momentum filem tempatan jadi seperti ‘bagus, tak bagus, bagus, bagus dan tidak bagus’.

“Momentum filem sebegitu akan membuatkan penonton pukul rata tentang kualiti filem kita.

“Cuma saya bersyukur ketika ini ramai sudah semakin percaya dan budaya menonton di panggung sudah kembali,” jelasnya.

Setakat Jun 2025, beberapa buah filem tempatan berjaya meraih lebih RM10 juta kutipan seperti naskhah fenomena Tarung: UnforgiveN (RM23.5 juta) selepas lebih sebulan ditayangkan di pawagam, Libang Libu (RM14 juta) dan Polong (RM15 juta).

Manakala, Malaikat Malam arahan pengarah baharu Nazifdin Nasrudin turut berjaya meraih RM12.2 juta dan Khadam RM4 juta setakat dua minggu tayangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN