fbpx
SEORANG wanita melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di bilik pencawang TNB di Taman Ria Jaya di Sungai Petani, semalam.

Wanita ditidurkan, melecur teruk ketika cuba curi kabel TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang wanita memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Ria Jaya di sini disyaki untuk mencuri kabel membawa padah apabila dia terkena renjatan elektrik, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah pada muka dan badan akibat melecur sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, sebaik menerima laporan daripada orang awam, pihaknya bergegas ke lokasi dan mendapati seorang wanita mengalami kecederaan parah akibat melecur.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika wanita itu cuba mencuri kabel di bilik pencawang. Mangsa berada dalam keadaan kritikal selepas melecur 70 peratus pada bahagian muka dan badan. Dia ditidurkan oleh pihak hospital,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengesan waris wanita itu selain menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN