fbpx
ADHAM (kiri),Yuhanita (tengah) dan Mohd Fakharuddin (kanan) pada pengumuman penamaan calon DUN Pasir Raja di Dewan Arena Segitiga, Kota Tinggi hari ini. Foto oleh MASTURAH SURADI/KOSMO!

PRN Johor: Adham dicabar guru dan peniaga, pertembungan 3 penjuru DUN Pasir Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dicabar seorang pendidik dan seorang usahawan dalam pertembungan tiga penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) menampilkan seorang guru swasta, Yuhanita Yunan manakala calon Pakatan Harapan (PH) meletakkan Mohd Fakharuddin Moslim merupakan seorang peniaga.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pasir Raja Nurul Aishah Mohamadon 10.43 pagi tadi.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada yang ditolak kertas penamaannya.

“Dengan ini, saya mengumumkan calon-calon yang disahkan bertanding dalam Bahagian Pilihan Raya Negeri N35 Pasir Raja mengikut susunan dalam kertas undi seperti yang berikut iaitu yang pertama Dr Adham Baba (BN),Yuhanita (PN) dan Mohd Fakharuddin (PH),” katanya di Pusat Penamaan Calon Dewan Arena Segitiga hari ini.

Terdahulu Adham calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Arena Segitiga di sini kira-kira pukul 8.35 pagi, diikuti Yuhanita hadir 10 minit kemudian manakala Mohd Fakharuddin terakhir tiba pukul 8.57 pagi.

Pada PRN Johor 2022 menyaksikan kerusi DUN Pasir Raja dimenangi penyandang BN, Rashidah Ismail dengan memperoleh 9,381 undi menewaskan calon PN, Intan Jawahir yang meraih 4,493 undi; calon PH, Mohd Fakharuddin Moslim (1,976 undi); serta calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mohd Yusri Yusof (265 undi).

​Rashidah ketika itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,888 undi daripada keseluruhan 28,045 pengundi berdaftar, manakala peratusan keluar mengundi direkodkan sebanyak 57.5 peratus.

​Berdasarkan data daftar pemilih terkini sehingga 31 Mei 2026, DUN Pasir Raja mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 29,818 pengundi berdaftar.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN