fbpx
Ousmane Dembele meledak jaringan hatrik buat Perancis pada aksi pagi tadi. - Foto ihsan FIFA

Piala Dunia 2026: Perancis mudah belasah Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOSTON – Penyerang sensasi, Ousmane Dembele mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila meledak hatrik untuk membantu Perancis membelasah Norway 4-1 sekali gus menamatkan saingan Kumpulan I dengan rekod sempurna.

Kemenangan itu menyaksikan Les Bleus muncul juara kumpulan selepas memenangi ketiga-tiga perlawanan Piala Dunia 2026, pencapaian yang kali terakhir dilakukan ketika mereka muncul juara dunia di laman sendiri pada edisi 1998.

Meskipun kedua-dua pasukan sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati, aksi di Boston tetap menjadi tumpuan dengan perebutan status juara kumpulan selain pertembungan yang dinantikan antara Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

Bagaimanapun, Haaland sekadar memanaskan bangku simpanan apabila Norway melakukan 10 pertukaran dalam kesebelasan utama, sekali gus memberi ruang kepada Perancis menguasai sepenuhnya permainan.

Dembele yang juga bintang Paris Saint-Germain (PSG) meledak jaringan pada minit ke-7, ke-20 dan ke-32.

Pemain muda Desire Doue kemudian melengkapkan malam gemilang Perancis apabila menjaringkan gol keempat pada waktu kecederaan manakala gol saguhati Norway dilakukan oleh Thelo Aasgaard.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan I, Senegal mempamerkan aksi lima bintang untuk menghidupkan sisa peluang ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Iraq 5-0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN