fbpx
MUHYIDDIN mengiringi Sahruddin menuju ke pekarangan pusat penamaan calon DUN Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh, Johor, hari ini.

PRN Johor: Muhyiddin iringi Sahruddin pertahan Bukit Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAGOH – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir mengiringi calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh, di sini, hari ini.

Muhyiddin dan Sahruddin tiba di pekarangan pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.50 pagi bersama ratusan penyokong bagi penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor dan penyandang kerusi berkenaan tampil segak berbaju Melayu lengkap bersamping merah, manakala Muhyiddin mengenakan pakaian rasmi gabungan itu.

Turut mengemukakan borang ialah calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syarie Yusof yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan pesara guru yang mesra dengan panggilan Cikgu Syarie.

Pakatan Harapan pula mempertaruhkan C. Subramani (PKR), yang diiringi Timbalan Menteri Perpaduan merangkap Ahli Parlimen Segamat, R. Yuneswaran, sekali gus menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kerusi berkenaan.

Bukit Kepong dijangka menjadi antara kerusi tumpuan pada PRN Johor kali ini selepas Sahruddin mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya 2022 dengan majoriti hanya 710 undi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN