fbpx

Nyahaktif IG, Caprice hilang ke mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIADAAN suara lantang Caprice dalam media sosial nampaknya mula mengundang tanda tanya. Selalunya dia yang paling pantas memberi reaksi terhadap isu semasa, kini penyanyi rap itu seakan-akan lenyap tanpa khabar.

Akaun media sosial juga dilihat tidak lagi aktif, membuatkan ramai tertanya-tanya ke mana arah tuju figura penuh kontroversi itu.

“Mana Cap pergi eh? Dulu selalu update, sekarang diam terus,” luah seorang netizen kebingungan.

Diva perasan juga, waktu isu panas melanda, kelibatnya biasa tidak pernah ketinggalan, namun kali ini, sunyi tanpa jejak.

Apa pun, Diva harap Caprice baik-baik sahaja, mungkin sekadar mengambil ruang bernafas daripada hiruk-pikuk dunia maya.

DIVA: Ada artis baru setapak dalam industri sudah berlagak paling ‘top’, budak sekarang cepat lupa diri!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN