fbpx
RAMAI terhibur melihat gelagat Zaki yang suka Ogy, si Azura pujaan Zack lakonan bapanya, Jamal Abdillah puluhan tahun lalu.

Comel gila bila ‘anak’ Zack jumpa ‘mak cik’ Azura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KECOH dan gamat! Itu yang berlaku apabila Zaki Yamani bersua muka dengan Fauziah Ahmad Daud yang merupakan heroin dalam filem Azura lakonan bapanya, Datuk Jamal Abdillah.

Pertemuan Fauziah atau Ogy dengan Zaki itu mengundang pelbagai respons lucu netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka.

“Budak ini! Sejak aku muda sampai ke tua, tak habis-habis Azura. Nak pergi tandas pun tidak senang.

“Hey Datuk Jamal, anak awak ini sudah mengikut perangai awak.

“Hari ini saya bertemu dengan anak-anak saudara,”
seloroh Ogy.

Bagaimanapun, netizen mengakui pertemuan Zaki dengan Ogy mengubat kerinduan untuk melihat lakonan aktres handalan itu.

“Tolong buat Azura 2, Zaki dengan Azeva berlakon tetapi Ogy kena ada juga.

“Video ini mula dengan mood romantis tetapi masuk saja Ogy, gamat!” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN