fbpx
Pembangunan pesat dalam segmen pengangkutan IT memberi impak positif kepada pendapatan Go Hub.

Go Hub kekal fokus majukan segmen pembangunan IT pengangkutan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Go Hub Capital Berhad (Go Hub)  kekal fokus untuk memperkukuhkan asas pendapatan berulang, mengembangkan penyelesaian bagi merentasi pelbagai ekosistem mobiliti dan mengambil bahagian dalam peluang di Malaysia dan di luar negara.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Cherng Thong berkata, memandangkan rangkaian pengangkutan awam terus didigitalkan, pihaknya percaya permintaan untuk penyelesaian teknologi maklumat  (IT) pengangkutan yang bersepadu, dan boleh diskala, akan terus disokong dengan baik dalam jangka masa panjang.

“Kami juga kekal komited untuk memajukan peranannya dalam landskap IT pengangkutan Malaysia sambil secara aktif meneroka peluang serantau dalam segmen bas dan rel.

“Disokong oleh peningkatan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai, infrastruktur mobiliti pintar dan penyelesaian pengurusan pengangkutan bersepadu, Kumpulan kini berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pendigitalan rangkaian pengangkutan awam dan memberikan nilai jangka panjang yang mampan kepada para pemegang saham,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena mesyuarat agung tahunan keempat (AGM ke-4” yang diadakan di Cyberjaya hari ini.

Dalam mesyuarat tersebut semua resolusi telah diluluskan oleh pemegang saham antaranya adalah meluluskan pembayaran yuran pengarah bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2026 dan sehingga mesyuarat agung tahunan syarikat yang seterusnya pada tahun 2027, serta faedah yang perlu dibayar kepada para Pengarah bagi tempoh bermula dari tamatnya AGM ke-4 sehingga agm yang seterusnya.

Para pemegang saham juga meluluskan pelantikan semula Baker Tilly Monteiro Heng PLT sebagai juruaudit syarikat dan memberi kuasa kepada para pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka.

“Mandat yang diluluskan hari ini menyediakan Kumpulan dengan kesinambungan tadbir urus dan fleksibiliti kewangan yang diperlukan untuk terus melaksanakan pelan pertumbuhan kami dalam industri IT pengangkutan,” jelasnya.

Resolusi lain pula adalah  pemegang saham meluluskan kuasa untuk para pengarah mengeluarkan dan memperuntukkan saham baharu menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016, tertakluk kepada jumlah agregat saham yang dikeluarkan tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah keseluruhan saham yang dikeluarkan oleh Syarikat.

Kelulusan ini memberikan Go Hub fleksibiliti kewangan untuk menyokong aktiviti pengumpulan dana yang berpotensi, keperluan modal kerja, projek masa hadapan, pelaburan, pengambilalihan dan tujuan korporat strategik lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh lembaga pengarah demi kepentingan terbaik syarikat.

Kumpulan memasuki TK2026 dengan kedudukan yang lebih kukuh, dengan keputusan suku tahunan terkini menunjukkan momentum pertumbuhan yang berterusan.

Bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2026, Go Hub mencatatkan pendapatan sebanyak RM14.23 juta, mewakili peningkatan sebanyak 51.22 peratus berbanding RM9.41 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan selepas cukai meningkat kepada RM1.78 juta daripada RM0.18 juta pada suku pertama TK2025, disokong oleh sumbangan pendapatan berulang yang lebih tinggi dan pengembangan ke dalam segmen IT pengangkutan baharu. -KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN