fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Penganggur dijel 10 bulan curi duit van jenazah, beg jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari atas pertuduhan melakukan khianat dan mencuri wang di tiga buah masjid termasuk kutipan bagi pembelian van jenazah, awal bulan ini.

Majistret, Dr. Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Riduan Abdullah, 28, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan khianat dengan memecahkan pintu gelangsar bahagian dapur Masjid Al-Najihin, Kampung Padang Sebang menggunakan sebuah tangga pada pukul 5.30 pagi, 7 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati telah mencuri wang tabung kutipan pembelian van jenazah di Masjid Al-Qaniteen, Tanjung Rimau pada pukul 5 petang, 7 Jun lalu.

Dia juga didapati mencuri sebuah beg tangan milik seorang wanita di ruang solat wanita Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang pada pukul 4.45 petang, 8 Jun lalu sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,200.

Dalam penghakimannya, Dr. Teoh berkata, mahkamah mengambil kira bahawa kesalahan dilakukan adalah di kawasan masjid yang menjadi tempat orang ramai beribadah, mencari ketenangan dan berasa selamat.

“Tindakan orang kena tuduh telah menghakis kepercayaan masyarakat terhadap rumah ibadat sebagai tempat yang bebas daripada sebarang jenayah,” katanya.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,400 atau penjara dua bulan jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama dan penjara 10 bulan bagi pertuduhan kedua dan ketiga.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN