fbpx
Jemaah Masjid Nurul Iman, Kampung Titi Teras menguruskan jenazah Md. Zahir yang rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menunaikan solat isyak di masjid itu malam tadi.

Siak rebah, ‘dijemput’ Ilahi ketika solat isyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Seorang siak di Masjid Nurul Iman, Kampung Titi Teras di sini dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan solat isyak berjemaah di masjid berkenaan malam tadi.

Allahyarham Md. Zahir Hamid, 53, dilaporkan rebah pada rakaat ketiga sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sejurus selepas itu.

Seorang jemaah yang enggan dikenali berkata, sebagai siak, sudah menjadi rutin harian arwah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat.

“Mangsa yang berasal dari kampung berkenaan memang mempunyai sifat terpuji dan disenangi jemaah.

“Pemergiannya ketika malam Jumaat juga merupakan satu petanda baik terhadap pengakhiran hidupnya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kematian siak itu daripada salah seorang anaknya malam tadi.

“Kita menerima laporan pada pukul 9.15 malam tadi berkaitan kejadian berkenaan.

“Hasil temu bual dengan anaknya itu mendapati si mati mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit lelah, diabetes dan rekod rawatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar,” katanya.

Kata Mohamad Hamizi, kes disiasat sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN