fbpx
Barisan pemain Australia meraikan kejayaan pasukan selepas wisel penamat ditiupkan sebentar tadi. - Foto ihsan FIFA

Piala Dunia 2026: Australia lolos ke peringkat kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTA CLARA – Australia mengesahkan kemaraan ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 selepas meraih keputusan seri 0-0 ketika bertemu Paraguay dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Levi’s sebentar tadi.

Keputusan seri itu sudah memadai buat Socceroos untuk menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan sekali gus melangkah ke pusingan kalah mati buat kali ketiga dalam tujuh penampilan mereka di pentas Piala Dunia.

Australia tampil cukup berdisiplin sepanjang 90 minit dan tidak berada dalam tekanan ketika memburu satu mata berharga.

Skuad kendalian Tony Popovic sebelum ini membuka kempen dengan kemenangan ke atas Turkiye sebelum tewas kepada tuan rumah, Amerika Syarikat (AS).

Namun, keputusan seri menentang Paraguay sudah mencukupi untuk memastikan mereka mengiringi AS ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, Paraguay yang berada di kedudukan ketiga dengan empat mata masih berpeluang layak selaku lapan pasukan No. 3 terbaik selepas berakhir aksi peringkat kumpulan, Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN