fbpx
Bayi berkenaan disahkan maut selepas dipercayai tersedak susu di rumah pengasuh, kelmarin.

Bayi tersedak susu: Polis tunggu keputusan makmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis masih menunggu keputusan siasatan makmal bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Pantai Dalam, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.08 malam, Selasa lalu selepas bayi terbabit dibawa ke hospital oleh ibu dan pengasuhnya dalam keadaan tidak bernyawa.

Menurut beliau, ibu mangsa dimaklumkan oleh pengasuh pada pukul 5.04 petang bahawa bayi berkenaan tidak sedarkan diri selama kira-kira 30 minit ketika berada di rumah pengasuh tersebut.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh.

Kejadian disedari selepas pengasuh menghubungi ibu mangsa kira-kira pukul 5 petang bagi memaklumkan bayi itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, ibu mangsa meminta pengasuh membawa anaknya segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun perkara itu tidak dilakukan.

Sebaik tiba di rumah pengasuh kira-kira pukul 5.15 petang, ibu mangsa mendapati bayinya berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri sebelum membawanya bersama pengasuh serta suami pengasuh ke Unit Kecemasan Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa gagal apabila pegawai perubatan mengesahkan bayi itu meninggal dunia pada pukul 6.08 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN