fbpx
Keadaan sekitar Kampung RTB Bukit Changgang hasil tinjauan dron JBPM dan Jawatankuasa Bencana Kuala Langat.

[VIDEO] Ban Pecah: 529 mangsa berteduh di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seramai 529 mangsa daripada 235 keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, susulan banjir akibat rebakan ban di kampung berkenaan.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu direkodkan setakat pukul 7.08 petang tadi.

Menurut portal itu, mangsa terdiri daripada 226 lelaki, 157 wanita, 137 kanak-kanak dan sembilan bayi, dengan PPS berkenaan kini mencapai kapasiti 61.13 peratus.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, antara lokaliti terjejas teruk sekitar kampung itu merangkumi Jalan Pudina 2, 7, 40 dan 41 selain Jalain LG 2/10 serta 2/12.

“Berdasarkan laporan, trend air menunjukkan peningkatan antara 0.6 hingga 1. 2 meter pada pukul 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun, trend itu tidak menunjukan peningkatan setakat pukul 7 petang ini,” katanya di sini.

Beliau menjelaskan, kerja-kerja menutup ban sedang giat dilakukan pihak kontraktor terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN