fbpx
Penguat kuasa KPDN memeriksa pakaian yang disyaki menggunakan cap dagang palsu di premis jualan di Padang Besar kelmarin.

Lima premis jual jersi tiruan di Padang Besar diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menyerbu lima premis dipercayai menjual pakaian termasuk jersi menggunakan cap dagangan palsu di sini kelmarin.

Pengarah KPDN Perlis, Rohaida Hassan berkata, serbuan pada pukul 2 petang itu dilakukan hasil risikan selama dua minggu membabitkan 17 anggota penguat kuasa dengan kerjasama wakil pemilik cap dagangan.

“Risikan mendapati premis-premis tersebut dipercayai menjual pakaian termasuk jersi dan seluar yang menggunakan cap dagangan palsu kepada pengguna,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rohaida, lima siasatan dibuka kerana kesalahan memiliki barang yang menggunakan cap dagangan palsu bagi tujuan perdagangan. Nilai barangan dirampas dianggarkan RM169,000.

“Kita memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam kegiatan menjual barangan tiruan kerana tindakan tegas akan diambil bagi melindungi hak pemilik cap dagangan serta kepentingan pengguna,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN