fbpx
Adham Baba. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

PRN Johor: Adham Baba buat ‘comeback’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba membuat kemunculan semula dalam arena politik apabila namanya dicalonkan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, bulan depan.

Nama beliau diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Pengumuman Calon BN di Dewan Utama, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini hari ini.

Adham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara dicalonkan untuk mempertahan kerusi DUN Panti yang disandang Hahasrin Hashim selama dua penggal sejak 2018.

Mengikut rekod Adham pernah menjadi ADUN Parit Raja selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal (2004-2008) dan pada 2018-2022.

Bagaimanapun, nama beliau tidak dicalonkan pada PRU-15.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN