BAYANGKAN selama berbulan-bulan, bahkan bertahun lamanya mengikat perut mengumpul duit, memohon cuti tahunan dan terbang ribuan kilometer ke luar negara untuk menenangkan fikiran, tetapi lain pula jadinya. Jejak sahaja menjejakkan kaki di destinasi impian, mood berubah apabila melihat rakyat negara sendiri membuat kecoh, lebih parah merakam wajah penduduk tempatan sambil mengutuk secara terang-terangan demi sebuah kandungan. Baru-baru ini tular di platform media sosial mengenai insiden kekecohan membabitkan sekumpulan pelancong Malaysia di China sehingga mengundang kecaman termasuk pihak negara luar. Tindakan……














