fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: Agong perkenan lapan akta diluluskan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluluskan lapan akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang berlangsung dari 19 Januari hingga 3 Mac lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, antara akta yang diperkenankan Seri Paduka Baginda ialah Akta Perolehan Kerajaan 2025, Akta Imigresen (Pindaan) 2025, Akta Pasport (Pindaan) 2025 dan Akta Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan 2025.

Menurut beliau, turut menerima perkenan diraja ialah Akta Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura 2026, Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dan Akta Perbekalan Tambahan (2025) 2026.

“Perkara ini dimaklumkan kepada Dewan Rakyat selaras dengan peruntukan yang berkuat kuasa,” katanya ketika pemasyhuran sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 hari ini.

Dalam perkembangan sama, Johari berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang dipersetujui Dewan Negara akan dibawa semula ke Dewan Rakyat selepas satu pindaan dibuat terhadap Fasal 11.

Katanya, pindaan itu diteliti mengikut Peraturan Mesyuarat 73(1) dan menepati tujuan dewan dan hanya melibatkan satu fasal.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Selasa dan Khamis minggu ini akan dijawab oleh menteri berkaitan berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Johari pada masa sama mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya memaklumkan kepada Speaker atau Setiausaha Dewan Rakyat sekiranya tidak dapat menghadiri persidangan atas urusan rasmi, kesihatan atau hal peribadi.

“Ini bagi mengelakkan rakyat menganggap Ahli Yang Berhormat ponteng sidang Dewan Rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN