fbpx
SEORANG wanita bergambar di hadapan bunga hydrangea yang sedang mekar di Kuil Hakusan, Tokyo pada 17 Jun 2026. - AFP 

Jepun naikkan bayaran visa selepas 50 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Jepun akan menaikkan bayaran visa bagi warga asing mulai bulan depan, menandakan kenaikan pertama dalam tempoh hampir 50 tahun, lapor portal berita Independent.

Kabinet Jepun meluluskan kenaikan tersebut pada Jumaat lalu, dan akan dikenakan pada permohonan visa yang dihantar pada atau selepas 1 Julai 2026.

Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi berkata, di bawah struktur bayaran baharu tersebut, kos visa sekali masuk meningkat daripada 3,000 yen (RM77) kepada 15,000 yen (RM385).

Manakala kos visa berbilang kemasukan melonjak daripada 6,000 yen (RM154) kepada 30,000 yen (RM770).

“Yuran visa semasa telah ditetapkan pada tahun 1978, dan kami telah menyemaknya baru-baru ini untuk mencerminkan inflasi dan turun naik kadar pertukaran sejak itu,” katanya pada sidang akhbar Jumaat lalu.

Menurut akhbar The Japan Times, Motegi menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor dengan teliti.

“Kami tidak menjangkakan ia akan memberi kesan segera ke atas sektor pelancongan,” tambahnya. 

Beberapa pegawai berkata, hasil tambahan kenaikan bayaran visa itu akan membantu menampung kos yang semakin meningkat berkaitan pengurusan populasi penduduk asing Jepun yang semakin bertambah. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN