fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Amalnazri_ di laman Threads.

Trafik KL-JB parah, ramai terkandas hingga enam jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perjalanan hujung minggu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru bertukar menjadi mimpi ngeri apabila pengguna lebuh raya mendakwa terpaksa berdepan kesesakan luar biasa sehingga mengambil masa berjam-jam untuk tiba ke destinasi.

Perkara itu dikongsikan pengguna Threads, @Amalnazri_, yang memuat naik beberapa gambar dan video memaparkan deretan kenderaan yang hampir tidak bergerak di Lebuh Raya Utara-Selatan sejak petang tadi.

Menurutnya, orang ramai yang merancang untuk ke Johor Bahru disaran mempertimbangkan semula perjalanan mereka susulan kesesakan panjang yang didakwa berpunca daripada sebuah bas rosak.

“Siapa nak hala ke JB batalkan la niat. Sesak dari Skudai sampai Yong Peng sebab bas rosak,” katanya.

Beberapa jam kemudian, dia memaklumkan kesesakan bukan sahaja berlaku di laluan menghala ke Johor Bahru, malah turut menjejaskan aliran trafik ke arah Kuala Lumpur.

“Ingatkan hala ke JB je sesak. Hala ke KL pun sangkut. Alamak,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, @Suh418, mendakwa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru yang kebiasaannya mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam bertukar menjadi hampir enam jam akibat kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru mengambil masa hampir enam jam sebab kesesakan yang luar biasa,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @Ftiemhs, berkata dia mengambil masa hampir tiga jam untuk bergerak dari Simpang Renggam ke Kempas akibat kesesakan tersebut.

“Saya mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di Kempas dari Simpang Renggam. Keadaan trafik ketika itu memang sangat sesak,” katanya.

Sementara itu, pengguna @Shafawatieyyy turut berkongsi pengalaman terkandas dalam kesesakan sama apabila perjalanan dari Simpang Renggam ke Skudai mengambil masa kira-kira dua jam.

“Saya juga terperangkap dalam kesesakan itu petang tadi. Perjalanan dari Simpang Renggam ke Skudai mengambil masa kira-kira dua jam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN