fbpx
PASUKAN bomba membantu mengeluarkan jari mangsa yang tersepit pada kerusi plastik di Taman Melaka Baru, Melaka, hari ini.

Alahai adik, jari kanak-kanak tersepit lubang kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan selepas jarinya tersepit pada kerusi plastik ketika bermain di rumahnya di Taman Melaka Baru di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Mohd. Shahrom Laji berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.07 tengah hari.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah digerakkan ke lokasi.

“Pihak kami mendapati jari kanak-kanak itu tidak dapat dikeluarkan. Anggota bomba menggunakan alat pemotong dawai untuk memotong bahagian kerusi tersebut sebelum mengeluarkan jari mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat hanya mengambil masa lima minit dan kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius kecuali bengkak. Kanak-kanak itu dipercayai bermain sebelum memasukkan jarinya ke celah lubang kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN