fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Heynadhjwa di laman Threads.

Dakwaan ular sakit di Zoo Johor, rupa-rupanya salin kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebimbangan seorang pengunjung Zoo Johor mengenai keadaan seekor ular yang bermata kelabu dan tidak bersinar akhirnya terjawab apabila pihak pengurusan menjelaskan reptilia itu sedang melalui proses salin kulit atau ecdysis.

Perkara itu tular di media sosial selepas pengguna Threads, @Heynadhjwa memuat naik gambar ular tersebut sambil mempersoalkan sama ada reptilia tersebut sakit, buta atau nazak.

“Ular yang ini okey ke? Kenapa mata nampak kelabu dan tak bersinar? Buta ke, sakit ke atau mati? Tolong periksa,” kongsinya.

Hantaran tersebut meraih lebih 455,000 tontonan dan ribuan tanda suka dalam masa yang singkat.

Bagaimanapun, pihak Zoo Johor tampil memberikan penjelasan menerusi ruangan komen bagi meredakan kebimbangan orang ramai.

Menurut pihak zoo, keadaan mata ular yang kelihatan kelabu adalah normal berikutan haiwan tersebut sedang menjalani proses salin kulit.

“Untuk makluman, tanda-tanda mata kelabu seperti ini menandakan ular sedang mengalami proses salin kulit atau ecdysis. Proses salin kulit ini normal dan mengambil masa satu hingga dua minggu.

“Kami akan memantau dari semasa ke semasa agar proses tersebut berjalan seperti biasa dan sempurna,” katanya

Susulan penjelasan itu, pemilik hantaran tersebut mengakui tersilap membuat andaian dan memaklumkan dia tidak mengetahui keadaan sedemikian merupakan sebahagian daripada proses semula jadi ular.

“Rupa-rupanya sedang ‘shedding’ atau salin kulit. Ular ini sebenarnya (keadaan) okey, terima kasih sebab tolong jelaskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN