fbpx
Semuanya disebabkan satu hantaran Threads milik Alif berkaitan ideologi perkauman.

‘Kebencian, perkauman adalah tingkah laku dipelajari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA angin tiada ribut, nama Alif Satar tiba-tiba menjadi bualan ramai dalam Threads baru-baru ini berkaitan isu rasisme.

Selidik punya selidik, rupanya-rupanya disebabkan satu hantaran Threads milik Alif berkaitan ideologi perkauman.

“Kebencian dan perkauman adalah tingkah laku yang dipelajari.

“Perkara itu bukan sesuatu yang semula jadi dan kita tidak dilahirkan dengan sifat tersebut,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, dia turut meletakkan sepotong hadis mengenai Islam menolak perkauman dan diskriminasi.

Perkongsian tersebut mencetuskan rasa kurang senang segelintir pihak yang berasakan Alif tidak sepatutnya memuat naik hantaran itu ketika isu Rohingya sedang memuncak.

Hanya Alif saja yang tahu mesej di sebalik perkongsian tersebut tetapi bagi Diva setiap orang bebas mengutarakan pandangan masing-masing.

Apa kata cuba berfikiran terbuka dan kalau boleh jangan paparkan sifat perkauman yang terlampau negatif sehingga boleh memakan diri. Renung-renungkanlah ya.

DIVA: Tak baik siapa yang dakwa Jinggo dan Sheila Rusly tidak serasi.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN