fbpx
Abdul Rahman menunjukkan durian yang ditanamnya di Kampung Guntong, Sungkai di Tanjung Malim.

Buah Siam kacau pasaran durian Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seorang pemborong durian di Kampung Guntong, Sungkai mendakwa lambakan durian import dari Thailand telah menjejaskan pasaran tempatan termasuk harga dan kualitinya.

Menurut Abdul Rahman Mohamad, 53, yang telah berpe­ngalaman menjadi peraih durian sekitar Sungkai selama berpuluh tahun, situasi itu dialami beberapa tahun kebelakangan ini.

“Ramai mengatakan, durian itu dibawa masuk dari Betong, Thailand ke negara ini secara jumlah pukal dan boleh dibeli dengan harga yang murah.

“Mereka main volume (kuantiti) jadi dapat harga murah sebelum dijual dengan harga lebih 20 hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding belian. Masih ada untung. Yang rosak boleh buat tempoyak. Peratusan rugi amat kecil,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.

Dia berharap, kerajaan mempunyai mekanisme untuk me­ngurangkan import durian dari Thailand supaya pemborong dan pemilik buah itu di negara ini tidak terus menanggung kerugian.

Dia memaklumkan durian kampung dijual bermula RM6 hingga RM10 sementara jenis kahwin bermula RM25 hingga RM50 mengikuti gred.

Sementara itu, penjual durian di Kampung Gajah, Sungkai, Muhammad Khalid Saifullah Md. Amin, 24, berkata, lambakan durian Thailand menjejaskan durian jualannya.

“Malah, ramai mendakwa tertipu dengan durian Thailand yang dikatakan murah tetapi tidak berkualiti kerana dipercayai diperam terlebih dahulu. Itu menyebabkan mereka mudah sakit tekak dan batuk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN