fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan nahas melibatkan dua buah tren dekat bandar Bedford, England semalam. – AGENSI

2 kereta api penumpang bertembung, puluhan parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang penumpang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dengan 11 daripada mereka ‘sangat serius’,  selepas dua kereta api penumpang berlanggar di utara London semalam, kata perkhidmatan kecemasan United Kingdom(UK).

Kemalangan berlaku lewat petang berhampiran bandar Bedford,  kira-kira  90 kilometer ke utara London dan melibatkan tren menuju ke ibu kota UK tersebut di landasan sama, demikian menurut perkhidmatan kereta api East Midlands Railway (EMR).

“Saya  tercampak ke kerusi di hadapan dan kemudian saya melihat asap. Penumpang menangis, menjerit, mereka sangat takut dan keliru,” kata seorang penumpang,  Pete Knapp kepada agensi berita Press Association.

“Saya melihat ramai orang yang tidak dapat bercakap, mengalami patah kaki,” tambahnya.

Dalam kemas kini hampir lima jam selepas nahas berlaku, Perkhidmatan Ambulans Timur England mengesahkan seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“11  lagi mengalami kecederaan sangat serius, 22 cedera parah, dan 56 orang cedera ringan.

Mereka yang cedera ringan dirawat di tempat kejadian atau dibawa ke hospital jika perlu,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN